Pusat membeli-belah Skudai

Skudai merupakan kawasan tampungan bagi bandaraya Johor Bahru, dengan bilangan pusat membeli-belah yang diwujudkan di sekitar Skudai. Pusat-pusat membeli-belah yang terletak di Skudai adalah Skudai Parade, AEON Taman Universiti, KIP Mart, Skudai Mall, The Store di Taman Ungku Tun Aminah, Sutera Mall di Taman Sutera Utama, U Mall di Taman Pulai Utama, Bestmart di Taman Nusa Bestari, Pasaraya Besar Giant sepanjang Jalan Skudai. Yang terakhir dua buah pusat membeli-belah telah terbengkalai. Skudai Plaza terbengkalai disebabkan oleh muflis manakala Kemayan City ditinggalkan semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.

Kini, Kemayan City telah dirancang untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah bersepadu dan projek pembangunan komersial dengan 770,000 kaki persegi dengan ruang runcit di Johor Bahru. [2] Kemayan City akan diubahsuai dan dibangunkan semula sebagai sebuah pusat membeli-belah kontemporari yang dikenali sebagai Paradigm Mall Johor Bahru bermula awal 2014 dan dijangka siap pada tahun 2015.